Firman Allah yang bermaksud “Serulah manusia
kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah
mereka dengan cara yang baik Sesungguhnya TuhanMu yang lebih mengetahui
mengenai siapa yang tersesat daripada jalanNya dan Dia yang lebih
mengetahui orang yang mendapat petunjuk”.- [al-Nahl :125]
Menerusi ayat di atas Allah mengemukakan terdapat tiga cara berdakwah yang boleh dilakukan.
Pertama,berdakwah secara berhikmah dan
bijaksana dengan tutur bahasa yang lembut serta menarik berserta bukti
yang jelas,kukuh dan boleh menghilangkan sebarang kesamaran dan
keraguan.
Kedua,serulah manusia dengan
kata-kata yang mengandungi pengajaran seperti kisah umat terdahulu
kerana dengan mengingati peristiwa yang menimpa umat terdahulu akan
meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa mereka dari ingkar terhadap
Allah.
Ketiga,berdakwah melalui
perbincangan,muzakarah dan dialog dalam suasana yang penuh kemesraan dan
harmoni bukan menggunakan kata-kata kesat dan keji kerana tujuan
perbincangan adalah untuk menyampaikan kebenaran bukan mencari
kemenangan.
Para pendakwah tidak harus
tergesa-gesa dalam menyampaikan dakwah mereka.Mereka harus mengkaji
terlebih dahulu golongan sasar mereka kerana setiap golongan masyarakat
yang berbeza memerlukan cara yang berlainan.
Imam Ibnu Taimiyah pernah membahagikan manusia kepada tiga golongan.
Pertama,orang
yang mudah menerima kebenaran dan terus mengikutinya.Inilah orang yang
bijaksana. Kedua,orang yang mahu menerima kebenaran tetapi tidak mahu
mengamalkan.Mereka perlulah sentiasa dinasihati sehingga mengamalkan.
Ketiga,orang yang tidak mahu menerima kebenaran.Mereka perlu diajak berbincang dan berdialog secara yang paling baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan